Wednesday, April 6, 2011

menanti jodohku...

Untuk Dia..


Aku sedang menanti dia..
Seorang lelaki yang akan bergelar suami
Seorang mukmin yang merindui syahid di jalan ALLAH
Seorang hambaNYA yang senantiasa zikrullah
Dia seorang lelaki yang tegas dan berani
Dia tidak pernah takut untuk berkata benar
Dia tidak pernah gentar melawan nafsu yang ingin menguasai diri
Dia sentiasa mengajak aku berjuang berjihad fisabilillah


Dia selalu menghiburkan aku
Dengan alunan ayat-ayat suci Al-Quran
Dengan zikir-zikir munajat
Dengan surah-surah rindu yang dihafaznya
Dia sentiasa mengingati mati
Baginya,dunia ini adalah pentas lakonan semata-mata
Kita hambaNYA adalah pelakon


Dia sentiasa menjaga matanya dari berbelanja perkkara-perkara maksiat
Dia sentiasa mengajak aku mendalami ajaran islam
Dia seorang yang penyayang dan taat akan kedua ibu bapa
Dia sentiasa menjaga solatnya kerana itulah maruah dirinya
Dia sentiasa bersedia menjadi imam dan pemimpin keluarga
Dia tidak pernah malu mempertahankan agama IslamNYA
Kerana Islam adalah Ad-din ALLAH yang sebenar-benarnya
Dia sentiasa ingin mencontohi sifat-sifat mulia Rasulullah S.A.W
Dia juga sentiasa berusaha mencintai kekasih agungnya
Kekasih sejatinya dan kekal abadinya ialah ALLAHURABBI


Aku mencintai dia kerana agamanya dan kerana cintanya kepada Maha
Pencipta
Andai dia hilangkan cintanya, maka hilanglah cintaku padanya
Cinta dia terhadap Maha Pencipta mendekatkan aku PadaNYA
Cinta Illahi jugalah yang menyebabkan aku memilih dia
Siapakah dia???
Aku juga tidak mengetahui siapakah dia jodohku itu
Hanya Engkau Yang Maha Mengetahui segala sesuatu
Doaku, semoga dia tercipta untuk ku
Semoga aku bertemu jodoh dengan dia
Kerana dia pilihanku..

Monday, April 4, 2011

impianku bergelar muslimah..

Aku ingin menjadi wanita yang sentiasa melabuhkan cinta ku kepada Mu, Ya ALLAH...
Aku akan selalu mengamalkan sunnah-sunnah Rasuluallah..
Aku akan jadikan isteri Rasuluallah sebagai contoh untuk menjadi muslimah sejati...
Aku ingin menjadi kuat seperti sahabat-sahabat baginda...

Aku ingin menjadi anak yang patuh kepada kedua ibu bapa ku..
Aku ingin menjadi seorang isteri yang solehah kepada bakal suami ku..
Aku ingin menjadi seorang ibu yang mithali kepada bakal anak-anakku..

Aku ingin menjadi wanita wadiah iaitu wanita yang indah tanpa perhiasan.
Aku ingin menjadi wanita yang cantik dengan akhlak dan kaya dengan santun
Aku ingin menjadi wanita cantik tapi bukan kerana perhiasan, tetapi pada 2 rakaat di penghujung malam,.. 
Aku ingin menjadi wanita yang kehausan di sebabkan puasa kerana ALLAH

Aku ingin menjadi seperti sekuntum mawar yang di penuhi duri, yang bisa melindungi dirinya dari musuh-musuh..
Aku ingin mempunyai akhlak yang cantik dan indah melebihi kebun yang di penuhi bunga..
Aku ingin menjadi seseorang yang sentiasa berusaha menegakkan agama ISLAM..

Aku ingin menjadi muslimah yang solehah, hidup dan mati ku hanya untuk Mu Ya ALLAH....
AMIN!

Yang dicari walau bukan putera raja, biarlah putera Agama.

Yang diimpi, biarlah tak punya rupa, asal sedap dipandang mata.
Yang dinilai, bukan sempurna sifat jasmani, asalkan sihat rohani dan hati.
Yang diharap, bukan jihad pada semangat, asal perjuangannya ada matlamat.
Yang datang, tak perlu rijal yang gemilang, kerana diri ini serikandi dengan silam yang kelam.
Yang dinanti, bukan lamaran dengan permata, cukuplah akad dan janji setia.
Dan yg akan terjadi, andai tak sama dgn kehendak hati, insyaAllah ku redha ketetapan Illahi..

ya RABBI..

Doa kami padaMU ya Rabb.. 
Ya Tuhan, yang melaksanakan segala hajat

Ya Tuhan, yang menerima segala permintaan..
Lemah kami,kuatkanlah..
Lalai kami, ingatkanlah..Jahil kami, pandaikanlah..Kotor hati kami, bersihkanlah ..
Gelap hati kami, terangkanlah
 
Keras hati kami, lembutkanlah

'Ujub riya' kami, ikhlaskanlah
Takabbur zalim kami, tawadhu'kanlah 
Salah kami, maafkanlah

Dosa kami, ampunkanlahKejahatan kami, taubatkanlah
Susah kami, angkatkanlah
Sempit kami, lapangkanlahSakit kami, sembuhkanlahUzur kami, sihatkanlah 
Segala urusan kami, permudahkanlah
 
Segala masalah kami, selesaikanlah..
 
Kami tiada kaya, hanya Engkau yang maha kaya
..
Kami tiada kuat, hanya Engkau yang maha kuasa..Kami tiada pandai, hanya Engkau yang maha bijaksana...Kami adalah hambaMu yang lemah Kami adalah hambaMu yang terlalu banyak salah Jadikanlah kami hambaMu yang taat
Jadikanlah kami hambaMU yang solih
Jadikanlah kami hambaMU yang taqwa ..
Jadikanlah kami hambaMU yang bertaubat..
Jadikanlah kami hambaMU yang rajin beribadah..Peliharakan kami dari syirik..
Peliharakan kami dari murtad 
Peliharakan kami dari mengikut kafir
..
Peliharakan kami dari dosa maksiat 
Peliharakan kami dari dunia hingga akhirat....
Hanya padaMu Ya Allah..
Sandaran kami..