Sunday, May 19, 2013


disaat aku diuji,lalu cepat benar aku membelek buku tentang ilmu ujian itu. sebab ternyatalah ujian kehidupan ini memang guru terbaik. teringat aku pada kata-kata penulis hebat Pahrol mohammad Juoi ''pandanglah semua yang berlaku ke atas kita ada tujuan tertentu. maka barulah hidup kita sentiasa bertujuan. kata ahli sufi ''apa sahaja yang berlaku dalam hidup kita adalah ujian dan ujian itu hakikatnya adalah didikan terus dari Allah. tulis beliau lagi ''jika seseorang datang membuat marah,maka dia adalah ''guru'' mengajar kita erti sabar. jika kita selalu kesempitan wang,maka tandanya kita harus belajar berjimat cermat.jika kita rasa dikecewakan,itu menunjukkan kita sedang belajar membina sikap tidak terlalu berharap'' .
lalu sedang saya diuji,ujian bertalu-talu,apa yang saya miliki ditarik satu persatu,saya cuba manfaatkan ujian ini sebaik mungkin sehinggalah terhasilnya nukilan tentang ini.

ukuran dan sukatan rezeki setiap makhlukNya sudah tercatat padanya sehingga hari kiamat.baik dia seorang yang beriman dengan Allah mahupun pada patung-patung. begitulah Maha Pemurahnya Allah.terkadang aku bertanya ''aku melihat dia tidak solat,tidak menutup aurat,tapi duitnya banyak,keretanya besar,rupanya menawan,dia seolah bahagia walhal dia tidak beriman''. sepatutnya aku tanya lagi, ini pertanyaan yang aku tagih jawapan atau sekadar luahan hati yang tidak bersyukur?. sedangkan tahukah aku,rezeki itu ujian. diakhirat nanti akan dihitunglah satu persatu,dari harta yang berjuta sehinggalah satu sen. apalah yang disedihkan hati sedangkan sabda Nabi ''aku melihat di syurga kebanyakkannya adalah orang miskin''. perlukah aku tangisi,keluh kesahkan segala yang aku hilang dan aku tidak miliki sedangkan aku masih diberi nikmat tangan,kaki,mata,mulut yang mampu bekerja tanpa perlu menggunakan bateri atau duit syiling baru bergerak? dan mampukah aku jadikan mata yang cantik ini sebagai cagaran dengan wang berpuluh ribu ? inginkah aku gantikan tangan ini pada yang kudung tangannya meskipun dengan segala yang aku sedihkan aku tidak miliki? nah.. layakkah lagi aku bersedih ? sedangkan nikmat senyum masih mampu aku ukirkan,perut belum pernah sakit akibat lapar,udara masih mampu dihirup tanpa bayaran,pandangan pada kurniaanNya yang tak ternilai hebat.ada pelangi yang warna warni,gunung ganang yg menghijau,awan membiru dilangit,lautan yang berombak membuih. indahnya dunia dengan rezekiMu yang belum puas aku syukuri. Alhamdulilah. 

semenjak kehilangan itu,ada yang marah ''kenapa hilang'' ,ada yang mengejek ''tulah.. careless lagi'' ada juga yang kata ''innalilah'' . semenjak itu saya sudah pandai memerhatikan setiap kejadian. diam-diam saya tanpa memberontak seperti zaman kejahilan saya,saya cuba kaitkan dengan kebesaranNya. melihat manfaat tarbiah ujian yang berlaku dalam skrip hidup saya dan orang lain. lalu saya ukirkan senyuman,serangkap kata saya bisikkan ''Alhamdulilah,ujian buatkan saya semakin dekat denganNya.''

Sunday, December 2, 2012

aku hamba berdosa dijemput ilahi ke tempat paling suci


bukan semua pernah menjejakkan kaki ke masjidil haram. ketika aku masih sibuk dengan dunia yang entah apa-apa aku juga telah dipilih Allah menjejakkan kaki ke tanah haram. tapi sebenarnya betapa aku tidak menghargai sebuah pemberian Tuhan yang amat bermakna. aku menolaknya. tapi dengan keterpaksaan ma abah.. aku turutkan jua. yang kemaskan baju aku adalah ma. bukan aku. aku tidak membuat sebarang persediaan.aku betul-betul malas. jauh disudut hati.. aku takut akan azab Allah bila aku menjejakkan kaki di tanah haram itu. aku manusia banyak dosa. aku tak layak. tapi siapa aku hendak menolak takdir?? 
akhirnya aku pergi tanpa perasan. saat aku keluar rumah.. aku menangis. tapi aku tidak tahu kenapa. mungkin kerana nak tinggalkan keluarga dan orang tersayang. 
didalam flight,aku masih tiada perasaan. buat tak tahu tentang hati yang mula meronta minta bertaubat. betapa aku berlagak dengan Tuhan. 
sehinggalah sampai di madinah, aku hendak melangkah masuk masjid nabawi. tapi ketika aku berlari hendak solat maghrib berjemaah,askar yang menjaga pintu tidak membenarkan aku masuk. dia menolakku sehingga aku jatuh.aku tidak faham apa yang dikatakan.aku menangis. akhirnya aku solat dihadapan pintu masjid.aku menangis. seumur hidupku,tidak pernah aku diperlakukan sebegitu.aku terasa benar-benar keseorangan.mungkin jua kerana aku yang kotor dengan dosa,Allah tidak mengizinkan aku masuk tanpa taubat. selepas aku solat taubat,aku melangkah sekali lagi dihadapan pintu. askar itu membenarkan aku masuk. ketika aku masuk.. segera aku sujud syukur. aku terasa seperti begitu hampir dengan Nabi Muhammad ketika itu. aku beratur untuk masuk ke Raudhah (makam Rasullulah). ketika aku beratur untuk masuk.. memang ramai sangat orang. tapi saat pintu terbuka..aku berlari dan aku lah orang pertama yang sampai di Raudhah. segera ku solat taubat 2 rakaat di masjid Rasullulah.betapa aku benar-benar terasa hampir dengan Rasullulah. aku mencium pagar makam Rasullulah. aku rindu Rasullulah. 
dan satu lagi kisah yang aku takkan lupakan.. aku sampai di mekah pada jam 3 pagi. aku melangkah masuk ke dalam masjid. dan terlihat dikedua mata ku yang berdosa ini.. kaabah yang sangat indah. aku bagaikan tak percaya. ingin sekali aku akui,sebenarnye hidayah pertama yang aku perolehi adalah ketika itu. aku terasa bagai ada air sejuk menyiram kepalaku. aku menangis . aku terduduk. benar aku tidak pernah rasa begitu hebat perasaan itu. hanya ''ya Allah'' aku mampu ucapkan. segera aku solat taubat.
sepanjang disana.. ini yang kuhajatkan 
*melihat jenazah yang disembahyangkan di masjidil haram
*khatam al-quran
*umrah 10 kali
*mencium hajarul aswad..
alhamduliah semua dapat ku capai.. 

aku menangis sepanjang perjalanan pulang. aku takut bila aku pulang aku akan melakukan kembali dosa....


sahabat-sahabatku,aku melalui pengalaman menunaikan umrah yang tidak dapat aku ganti dengan segalanya. indah benar tanah haram.  indah benar hidayah Allah. walaupun aku insan berdosa.. kasih sayangnya tidak berbelah bagi.aku masih dipeduli dan dipilih berada disana. aku bersyukur ya Allah. Kau tunjuk sifat Ar-Rahman dan Ar-RahimMu. aku insan berdosa yang telah diberi bukti keEsaanmu. benar Ya Allah tiada yang layak disembah melainkanMu. hanya Dikau YA ALLAH .. HANYA ALLAH . AMPUNKAN AKU YA ALLAH   T.T benar sahabat-sahabatku, semuanya benar.sudahku lihat bukti-buktinya. :'( aku tidak mahu lagi membodohkan diri dengan dunia dan syaitan.aku ingin redha Allah.aku ingin ke syurga bersama Nabi dan Sahabat-sahabat. aku ingin ya Allah... 




disaat ini, hatiku bagai dihiris-hiris.aku rinduuuu panggilan umrah ituu. aku rinduu. ya Allah , izinkan aku menjejakkan kaki lagi ke sana ya Allah. aku rindu kaabah. aku rindu raudhah.aku rinduu T.T 

Monday, November 26, 2012

inilah yang nama SOLEHAH. aku terasa seperti sebesar kuman berbanding dia T.T

ini salah satu yang membuatkan aku tersentak dari terus leka. ada lagi wanita syurga. betapa aku masih tidak layak. betapa aku terlalu kecil dimata Tuhan berbanding dia. cemburunya aku. cemburunya bidadari. aku ingin sepertinya. aku ingin. ayuhlah.. kita perbaikki menjadi sehebat dirinya..... in sha Allah....



ok lah,tak guna saya rahsiakan lagi........alhamdulillah,ibnu batoota telah akad nikah dgn bidadarinya pada 15.7.2012 jam 6.20 ptg....
tapi kami nikah gantung dulu sbb mertua sy dan istri sy takut mengganggu ibdat di bulan ramadhan...
kenapa tak akad nikah bulan syawal?
sbb..sy akan balik ke afrika bulan syawal ni dan sy terpaksa urus visa istri sy utk sy bawak dia ke afrika bersama sy dan pihak kedutaan meminta dokumen yg mengesahkan kami sbg suami isteri utk mreka beri visa..baru kami boleh balik afrika sama2 lepas raya nanti........
jadi insyallah,bulan syawal ni baru kami tinggal sekali dan waktu itu akan kami adakan walimah,bila tarikhnya sudah tetap,akan saya jemput kalian insyallah.






Semalam ahlia(isteri) sy call tgh mlm buta,call sbb nak kejut tahajud la kononnya,dia mtk sma2 thjud n doa spya hbungn kekal smpai surga n murah rezki,dan smpat sembang kjap ngn dia,crita psl mjlis bru2 ni,tibe2 tmsuk crita ttg abg ipar dia(suami akk dia)...dia sbut abg ipar dia sbg 'abul hassan'(yg bermaksud ayah kpd hassan) sbb ank akk dia dan suaminya tu namanya hassan,jd dia sbut abul hassan mrjuk kpd abg ipar dia,mula2 sy x fhm knapa dia sbut cmtu..pstu bru sy fhm..rupa2nya dia x nak sbut nama mana2 lelaki ajnabi(lelaki asing,bukan mahram) pun dpan sy sbb memuliakan sy dan tkut sy jeles tmsuk nma abg ipar sdri........ :)

sweet....
Rsulullah bersabda mafhumnya(au kama qal) jika dapat isteri yang solehah,maka separuh agama kita telah sempurna,maka bertakwalah(utk sempurnakan) agama yg lagi separuh... ^_^

*Note: tp lepas tu sy tidor balik,tak tahajud pun,ngantok sgt....heee.... :D kesian dia dpt suami hampeh mcm sy...


Ya allah....sebaknya....

Jam 11:04mlm td dpt sms dari bidadariku:
"salam abg,maaf ye,td syg tertido,lpas taklim je mata ni dh nk tutup,syg lupa nk mtk maaf kt abg sblum tido.."
Note: setiap hari ahlia sy akan minta maaf pd sy sebelum dia tidur(walaupun x ada apa2 salah),dia takut mati dlm tidur dan x sempat mtk maaf kt sy kalau ada apa2 salah...td dia tertidur lpas isya',rbangun tu n trus bg msej ni....
Ya allah....aku redha pd dia.....aku redha pd dia....aku redha pd dia..... T_T


amaran: kalau tak suka,jangan baca,jangan berak dlm status aku.


-ibnu batoota suami kejam-

hari tu bidadariku siap2 awal pagi nak keluar dgn family nya ke bandar...
semua dah siap,kemudian dia call sy...
tak dijawab..call lagi..tak dijawab...call lagi..tak dijawab..

sbb..msa tu sy tgh tidur.... =.="

lebih 10x call,kemudian sms pulak,dia call dan sms tu utk MINTAK IZIN NAK KELUAR DENGAN FAMILY....

dari pagi sampai tengahari dia call..sms..tp tak terjawab...tengahari tu baru sy bgun dan tgk byk btul misscall dan sms...

sy call balik...dan dia ckp td dia call nk mtk izin keluar,tp dah tak jwb,dia tak dpt ikut family dia keluar...dia kena tinggal sorang2 kt rumah.......baju semua dah siap,kna tukar balik...tapi sikit pun dia tak marah atau mengeluh,dia cuma jawab,allah tak tulis rezki dia keluar sana sbb tu tak dapat keluar....bkn sbb sy tidur...

T_T kejam giler ibnu batoota...



  • AMARAN: status ini hanya utk yg berlapang dada menerima nasihat dan mengmbil ibrah(pengajaran) sahaja,kepada yg tak suka,tlong main jauh2,jgn kacau sini.

    korang mesti fikir aku kenal bidadari aku sebelum aku kawen kan?

    sebenarnya mcm ni...aku keluar berdakwah di pahang beberapa bulan lepas..
    aku sampai ke sebuah masjid di mentakab,,dan salah seorang jemaah masjid tu kenal aku,aku tak kenal dia..rupa2nya dia peminat blog aku...dia happy jmpak aku,sembang dgn aku mlm tu smpai 2 pg,lpas tu dia tawarkan adik ipar dia pd aku(istri aku skrg)..aku tanya orgnya mcm mna dan sbgnya..
    katanya,calon tu tak pernah ke sekolah,sejak kecil dia sekolah dlm rumah,diajar ayah dan abangnya sdri(kedua2 nya ustaz),dari menulis,membaca smpai lah menjadi alimah(ustazah),dia pakai purdah sjak kecik seawal 7 tahun,sjak kcik lg dia seorg yg sgt pemalu,tak pernah dilihat lelaki ajnabi,tak reti guna hp dan teknologi lain,rumahnya zuhud,takda tv,internet,radio,hiburan dia siang malam cuma quran dan kitab agama,sejak kecil dia dilatih mnjadi bidadari,pandai msak dan menjahit....dan dia keturunan rasulullah..

    aku trus stju utk bertemu walinya...walinya taaruf dgn ku,kemudian pggil dia ke ruang tamu utk bukak purdah dpn aku....
    dia buka...dan dia tunduk...aku sendiri tnduk sbb tlmpau malu dan aku sebak msa tu,ntah kenapa...mungkin sbb hepi sgt?
    pendek kata,aku tak nmpak muka dia,sbb dia tnduk,nmpk hidung je..dia tutup muka dgn purdah dan msuk blik dlm bilik...

    kemudian kami istikhrah 3 hari,dan aku stju,dia juga stju...walaupun kami tunang,tapi kami tak pernah berhubung,tak pernah dgr suara,tak pernah sms,sampailah akad nikah baru2 ni...
    semuanya aku berurusan dgn abangnya..

    lpas akad nikah,aku msuk ke blik pengantin,dlm tu smua adik bradik pmpuan ku dan ummi dia ada,laki semua kat luar..msa tu lah kali pertama aku tgk muka dia..tapi dia tnduk juga tak tgk aku...sarung cincin pun tergetar2...

    lpas tu aku ditinggalkan dlm bilik tu dgn dia sorg...dia duduk atas lntai,peluk lutut dia tutup muka..aku dtg dekat...dia trus menangis...aku bgtau yg aku kena balik penang(sbb kami nikah gantung),dia diam tak jwb...aku nak sentuh,tapi tak berani...last2 aku bangun utk pergi..baru lah dia tgkap tgn aku utk salam dan cium tgn aku...lpas tu dia duduk balik peluk lutut tutup muka...

    mlm tu aku call,baru aku dpt dgr suara dia....dan hakikatnya,sampai sekarang,dia BELUM PERNAH LIHAT WAJAH AKU.....(kami tak da tangkap2 gambar ke apa ke)..
    tapi dia sgt muliakan aku dan hormati aku..aku tnya kenapa stuju kawen dgn aku sdgkan tak pernah tgk aku(smpai skrg)?dia jwb...dia istikharah,tnya allah,allah tahu apa yg terbaik utk dia dan agama dia,jadi dia stju sbb jwpan istikhrah tu positif,apa yg allah sdri kata baik,apa lg keraguan perlu dia ada utk trima aku sbg suami?

    ♥ ♥ ♥

    kenapa aku cerita?

    sbb aku nak bgtau yg cinta luar nikah itu sgt jijik dan kotor,berhenti lah couple2 murahan ni...bercinta selepas nikah adalah seindah2 cinta dan 24 jam pahala,trun rahmat mencurah2...kalau couple cinta luar nikah,24 jam dosa,malaikat laknat siang malam..so korang pilih...

    kejap lagi maghrib,dah masuk ramadhan...jom lah kita bertaubat,yg masih ada kekasih haram tu,ptuskan sekarang..kita masuk dlm bulan ramadahn ni dgn pnuh kesucian ok?

bidadariku sms ajak race sapa paling byk khatam quran bulan puasa ni.......


T_T

dia kata,sejak kecik,dia dgn adik bradik mmg race sapa paling byk khatam bila dtg bulan ramadhan...kdg menang,kdg kalah...so tahun ni nak race ngn suami katanya.....

kalah lah aku..........



AMARAN: STATUS INI SANGAT BAHAYA BAGI INSAN BERHATI BUSUK,JADI SILA PERGI DENGAN DIAM DAN SOPAN KALAU TAK SUKA.


aku baru lepas menangis....
Nak tau kenapa?
Korang baca sendiri sms aku dengan bidadari aku....

Ibn batoota= IB
Bidadariku= B

IB: (lepas bukak puasa bg mesej)tadi masa bukak puasa,abg pakai selimut tebal,semua org gelakkan abg dan ejek abg 'demam rindu'... :'(

B: (dalam pukul 11 mlm dia reply)assalamualaikum abg,syg baru lepas terawih dan baca quran..maaf lambat..emm..tergelak syg baca mesej abg td,ntah nak padan muka ke nak kesian..?

IB: ala sayang ni...sampai hati gelakkan abang.. :'( abang tgh baring kat riba akk abang ni,dia tengah urut dan basahkan kepala abang dgn air bunga raya dan limau,bg sejuk sikit kepala...

B: suruh akk siram je air tu smua..biar dia tak rindu-rindu lagi kat isteri dia ni... :p

IB: kejamnya isteri abang.... T_T ala nanti kita tinggal sekali,ni lah kerja sayang,bila abang demam,riba sayang la jadi mangsa..sayang tengah buat apa tu?

B: eee..abang ni,tengah sakit pun nak jiwang-jiwang ek?hm..sayang baru habiskan 10 juzuk tadi,luangkan masa utk ALLAH,sekarang tengah rehat,luangkan masa untuk suami pulak...

IB: 10 juz?alhamdulillah....dah berapa hari dah start baca quran dapat 10 juz tu?seminggu ek?

B: Eh?kenapa seminggu pulak..kan hari ni 1 ramadhan?baru sehari lah...semalam kan sayang ajak abang lumba sapa paling banyak baca quran bulan puasa ni?abang lupe yeee..?

IB: sehari 10 juzuk???? T_T ya allah......(aku terus menangis)

B: kenapa bang?biasa lah tu,bulan ramadhan kan?

IB: wallahi....bidadari abang betul-betul sejukkan hati abang...terima kasih sebab ringankan hisab abang kat akhirat nanti.....terima kasihhhhh...

B: apa abang ckp ni?sayang biasa je lah...adik beradik sayang lagi hebat-hebat...sedih tau...tak dapat baca banyak,hari ni giliran sayang masak... :'(

IB: ye lah...kan dosa-dosa isteri suami yang tanggung..kalau sayang jaga amal macam ni,senang lah abang kat akhirat nanti..hisab ringan..senang kita masuk syurga...boleh sama2 ziarah nabi kita....

B: a'ah kan bang?tak sabar nak jumpa nabi..insyallah bang,sayang janji akan jadi isteri paling baik utk abang..tak susahkan abang kat dunia dan akhirat.... :)

Note: huuuu....sedihnya...sedihnya...dulu aku fikir,segala pengorbanan perasaan,diri,jiwa,air mata yang aku tumpahkan untuk agama ni sia-sia...rupa-rupanya allah menghitung...allah tahu setiap yang aku korbankan utk agama,allah tahu dan kira air mata ku yang jatuh,allah tahu perasaan dan impian duniawi yang aku hancurkan demi agama,sekarang masa penerimaan HADIAH....... :'(

"tidak ada kekecewaan dalam agama!"









Maafkan saya semua..saya tahu ada hati yang meluat dan benci kepada status2 sy tentang bidadari saya...tapi mereka suara minoriti yang saya rasa mungkin jeles kot...sedangkan majoritinya mahu membaca lagi dan lagi utk mereka contohi dan pelajari bagaimana menjadi isteri yang baik..

Saya bukan tulis status2 cmni nak poyo2 tunjuk bagus,tayang2 bini...salah faham tu..tujuan sy critakan semua ini kerana utk menghancurkan mind set kita semua bhawa wanita solehah yg kita selalu dengar kisah2nya adalah KISAH SILAM/KISAH DONGENG/KISAH TELADAN ORG ZMN DULU2 yg mana zmn skrg ni mustahil....dsbbkn mind set yg sempit ni..maka org zmn skrg,bca quran skit dah rsa bagus gile,bru pakai purdah skit,dah rsa diri ahli surga,bru bljr ilmu agama skit2 dri utube,dah rsa selamat dri azab kbur,neraka,mhsyar...sbb mreka fkir SEMUA ORANG TERUK...jadi kalau kita ada amalan SIKIT,kita lah PALING SOLEHAH dalam dunia.....maka crita2 realiti sorg bidadari mcm ni sgt perlu diceritakan agar menaikkan semangat para muslimah kita utk terus menjadi lebih baik dan baik dan baik dan menjadi BIDADARI DUNIA......

AMARAN: STATUS INI SANGAT BERBAHAYA KEPADA INSAN YANG ADA PENYAKIT DALAM HATINYA,SILA BERUNDUR DENGAN SOPAN DAN DIAM JIKA TAK SUKA,PROVOKASI ANDA SANGAT TIDAK DIALU-ALUKAN.

  • Ok...nak baca ttg bidadariku lagi?(kalau dia tau satu dunia tau tentang dia,mampus aku)

    Pagi tadi lepas sahur,aku bagi mesej rindu padanya yang halal buatku....dan hatiku,betul-betul tersentuh dengan perbualan kami yang berlaku baru kejap tadi(11 pagi)

    Ibn batoota:IB
    Bidadariku:B

    IB: assalamualaikum,bidadari abg dah tidur ke?nak cakap something ni...(sms lepas waktu sahur)

    B: wa'alaikumussalam,maaf bang,tadi pagi syg tidur,lepas tu baca quran,ni baru tengok hp,tak perasan mesej abang... :'( maaf ye...abang nak ckp apa?(dalam pukul 10.30 baru dia reply)

    IB: takpe,abang pun tidur jugak tadi sebab tunggu sayang tak reply...macam ni baby,abang ada satu permintaan nak sayang tunaikan...

    B: err..menakutkan je abang ni,nak minta apa ye?

    IB: abang nak masa kenduri 2 september ni,sayang pakai abaya hitam yang abang beli kat madinah yang abang bagi sebagai hantaran baru-baru ni boleh?memang abang beli tu untuk sayang pakai masa kahwin...boleh kan?

    B: hm...boleh tu boleh bang...tapi...abaya tu ada bunga-bunga kat tangan dia dan ada batu-batu kelip kat tengah baju.......... :'(

    IB: err..abang tak faham maksud sayang...kan cantik macam tu?

    B: memang lah cantik,sayang suka sangat,terima kasih sangat,tapi tu semua kan termasuk sebagai perhiasan... :'(

    IB: jadi apa masalahnya?abang nak isteri abang cantik-cantik apa salahnya?

    B: masalahnya,sayang takut ada lelaki bukan mahram nampak sayang dalam keadaan pakai abaya cantik berhias tu....sayang tak mau berhias kepada sapa-sapa pun kecuali kat abang..... :'(

    IB: allah,allah....err..(tergamam tak tahu nak jawab apa)..jadi sayang tak pernah ada baju bunga-bunga?baju selain baju hitam?

    B: ada tu ada...tapi tak pernah sekali pun seumur hidup sayang pakai baju warna selain hitam,berbunga walau sedikit,dan apa saja jenis bentuk perhiasan walau sebijik manik pun bila keluar dari rumah...baju tu semua pakai dalam rumah je...

    IB: kenapa ye?

    B: sebab abi tak bagi,abi cakap "kalau tutup aurat tapi berhias untuk laki yang haram bagi kamu tu tengok,bermakna kamu masih belum menutup aurat!" dan sebab kedua,sayang nak berhias untuk suami sayang je nanti,sayang takut suami sayang kecewa yang sayang pernah pamerkan kecantikan sayang kat laki lain yang tak halal bagi sayang.....

    IB: (ya allah,dengan siapakah aku kahwin ni?*cakap dalam hati*)...erm....pasal kenduri tu,macam ni...sayang pakai baju hitam semua tanpa hiasan bila datang rumah abang,kemudian masuk bilik pengantin,baru tukar baju abaya cantik tu ye?abang nak sayang cantik-cantik hari tu,tapi utk tontonan kaum wanita dan abang je....ok?

    B: yeeaayy... ^_^ terima kasih abang...sayang abang... ♥

    Note: aku sendiri yang kononnya keras dalam bab aurat pun tak terfikir tentang amalan isteri aku ni,di dunia realiti,ramai perempuan tutup aurat dengan sempurna,pakai purdah dan lain2,tapi mereka pamerkan gambar2 mereka di fb dalam pakaian yang cantik2,dalam posing2 yang cantik,semua tu jadi makanan laki2 bukan mahram...dalam masa yang sma mereka anggap diri mereka sudah SOLEHAH...dan sering bagitau yang nak buat itu buat ini khas utk suami,zauji,ucapan itu utk suami sahaja,kecantikan utk suami sahaja dan lain2 yang berkaitan...sedangkan mereka baru saja 'diratah' lelaki2 ajnabi.....

    Mungkin status ini dapat insafkan beberapa insan bergelar wanita lalu mereka delete gambar2 mereka walaupun berpurdah utk tatapan suami sahaja spertimana bidadari ini lakukan....apatah lagi yang belum berpurdah,kecantikan demi kecantikannya yang milik suami(atau bakal suaminya) tersebar secara percuma kepada lelaki yang haram baginya....

    Aku bukan berfatwa itu haram ini haram..tapi aku mengajarkan kalian apa itu makna 'wanita solehah'....

kita khalifah . .

jika syaitan tak pernah putus asa mengheret kamu ke neraka,kenapa kamu boleh berputus asa untuk ke syurga? 
berjuanglah sahabat-sahabat. aku ada disini buatmu. 
aku takkan pernah berhenti dan mengeluh membantumu meskipun ada yang aku tidak pernah bersua di alam nyata.ketahuilah sahabat,ketika aku berhijrah tiada siapa yang membantuku.aku terkontang kanting sendirian.hanya buku ilmiah menjadi petunjuk untuk aku kembali sendirian. sehingga ada satu ketika,aku memandang wanita itu. dia memakai tudung labuh. tapi dia hanya memandang. tiada sebuah senyuman.dan disebuah mata itu menghadiahkan aku sebuah jelingan.mungkin kerana aku yang asyik memandangnya.tapi dihatiku ini yang kujeritkan ''macamana awk tutup aurat macam ni.. saya nk macam awak juga'' . tapi semuanya hanya diucapkan di lubuk hati. dan sejak itu.. aku berhijrah. aku lakukan demi mengejar RedhaNya. aku berazam.. aku tidak akan membiarkan sesiapa yang ingin berhijrah sama sepertiku terkontang kanting sama sepertiku. in sha Allah andai jasad masih dikandung badan..aku akan selalu ada membantu sahabat-sahabatku untuk kembali ke pangkal jalan. :)

sahabat.. jangan takut untuk berubah. jangan pernah hirau pandangan manusia. mereka tidak akan bersama kita ke neraka dengan dosa kita. jangan pernah merasakan Allah terimakah diriku yang berdosa ni tanpa kalian rasakan erti sebuah taubat. cubalah bertaubat sepertimana kalian cuba-cuba melakukan dosa. ketahuilah sahabat,aku belajar dengan kata-kata cinta Allah inilah yang menjadikan aku semakin tabah berhijrah ..

''Wahai anak Adam! Sekalipun dosa kamu seperti awan meliputi langit kemudian kamu memohon keampunanKu, nescaya Aku akan mengampuninya. Wahai anak Adam! Jika kamu menemuiku(selepas mati) dengan kesalahan sebesar bumi, kemudiannya kamu menemuiKu dalam keadaan tidak syirik kepadaKu dengan sesuatu nescaya Aku akan datang kepadamu dengan pengampunan terhadap dosa sebesar bumi itu.

kalian.. ketahuilah.. dengan tangan yang aku depakan,dengan setelus keikhlasan hati aku tadahkan,aku hamba Allah yang banyak melakukan kesilapan ini sentiasa tidak putus mendoakan kalian sama-sama akan merasa kasih sayang Allah dan sama-sama ke syurga Allah yang hakiki. in sha Allah. sahabat-sahabatku,ingat pesanku jika kau telah kembali kepangkal jalan,janganlah kau sombong dengan hidayahmu itu,kau ingatkanlah mereka yang masih lagi lalai.hidayah itu benar milik Allah tapi hidayah Allah itu perlu dicari. mungkin Allah menjadikan kita sebagai perantaraan untuk sebuah hidayah buat mereka.sekian.. assalamualaikum.semoga Allah redha perjalanan hidup kita. aameen






bismillahirrahmanirrahim.


Dengan kasih sayang aku disini ingin sekali meluahkan hasrat dihati. sebuah nasihat dari insan yang masih tidak sempurna ini. ingin sekali aku nasihatkan.. kepada yang berpurdah dan ada niat untuk berpurdah. 

Sahabat-sahabatku,jangan kerana fesyen kau berpurdah. jangan kerana makhluk. perbetulkan niatmu. ini sunnah. aku terlalu kuatir sunnah ini akan berterusan dihina akibat pemakainya yang masih tidak lagi mengubah diri menjadi sebaik akhlak sebenar seorang wanita solehah. jagalah kesuciannya. tahukah sahabatku,disaat dirimu memakai..bukan hanya dirimu yang dinilai,tetapi semua yang memakainya. sekali kau tersalah,semua yang berpurdah terkena tempias.aku sedih saat dihina purdah ini. sedangkan purdah ini terlalu suci. jadikanlah purdah ini tarbiah untukmu. jika hari ni kau memakai kerana fesyen.. ubahlah dan pakailah ia kerana Allah. aku yakin tiada keredhaan andai berterusan menipu. cukuplah menipu diri.ayuhlah kita buktikan wanita purdah ini tidak seteruk yang mereka sangka.Berakhlaklah seperti mana pemakaiannya.Bukan sekadar luaran bahkan jua dalamannya.teruskan memperbaikki diri,yang sunnah yang lain cubalah kau lakukan,sahabat-sahabatku,saat dirimu dihina.. teruslah kau melangkah kerana Allah. saat ada yang menghargai dan mempercayai, janganlah kau mengkhiati kepercayaan dan penghargaan mereka.Berbahagialah kalian dengan hijrah ini.. semoga Allah meredhai.. 


untuk yang ingin berpurdah,ketahuilah..aku berbahagia dengan sebuah keinginan itu. sangat aku berbahagia.persiapkan dirimu sebaiknya.ini sunnah,maka yang wajib cubalah istiqomah sebaiknya.kerana kekuatan itu kau akan perolehi dari kewajipan seorang hamba yang kau telah laksanakan.jangan terburu-buru.istikharahlah.andai kata ini terbaik untuk kehidupanmu,pakailah.andai kata tidak,masihlah kau menjadi wanita solehah.tutuplah aurat sebaiknya.sesempurna dan jagalah akhlakmu.Allah tidak menilai pakaian seseorang tapi yang dinilai hatinya.tetaplah menjadi solehah.  

sahabat-sahabatku,pakailah dengan kefahaman yang jelas.purdah untuk mengelakkan fitnah bukan untuk menimbulkan fitnah.Bukan sebab main-main,
bukan sebab ikutan kakak atau ustazah,bukan sebab trend, bukan sebab fesyen…
Alangkah indah jika gadis muslimah berhijrah kerana sudah memahami dan ingin melaksanakan tuntutan berpurdah tersebut…

untuk yang selainnya,

kasihanilah mereka yang benar-benar ikhlas mengejar redha Allah ini. bantulah mereka dalam melakukan sunnah yang satu ini... andai kata dirimu islam. bantulah. bukan menghina andai tersalah bukan juga menghukum. sebaliknya tarbiahlah dengan kasih sayang kerana mereka juga insan yang sama seperti kalian. jangan salahkan purdahnya tapi salahkan pemakainya andai tersalah.. 

ini untuk diriku untuk kalian semua,

maafkan aku andai aku tersalah.aku tidak tunjuk-tunjuk alim. aku hamba Allah yang hina seperti yang kalian ketahui.aku masih cuba perbaikki diri.aku cuma ingin kita sama-sama menyedari hakikat purdah yang selalu dicanang-canang ini. bukan bermakna aku baik bila aku menasihati,tetapi aku inilah yang paling tidak baik yang cuba menjadi baik. semua yang tertulis ini adalah untuk diri sendiri dan dengan harapan menjadi pedoman untuk semua. maafkan aku..doakan aku istiqomah hingga ke akhir hayatku....



hijrahku . .


dengan lafaz bismillahirahmanirrahim. aku mulakan menaip perjalanan hijrahku setelah bertalu-talu yang menanyakannya. mudah-mudahan segalanya menjadi pedoman dan pengajaran buat sahabat-sahabat terutamanya adik-adik. bila aku menceritakannya bukan bermakna akulah insan yang paling baik sekarang apatah lagi untuk mengaibkan diri dengan dosa-dosa yang lampau. ianya mudah2an menjadi pedoman kerana aku terlalu yakin bukan diriku seorang yang melalui perjalanan hidup yang hitam dan kelam ini. mungkin ada yang baru lepasinya seperti aku,mungkin juga ada yang sedang melalui jalan itu. mudah-mudahan dengan sekali lagi aku berharap ianya menjadi pedoman walaupun mungkin ianya hanya sebesar zarah.

kalian,akulah hamba Allah yang paling ingkar pada Tuhan. ibubapa dah berikan didikan paling baik.paling terbaik. aku dihantar sekolah agama. aku disuruh menutup aurat.aku diajar solat. tapi sahabatku,aku lah insan yang paling tidak bersyukur atas sebuah nikmat dikurniakan ibu dan ayah yang amat mementingkan agama dalam kehidupan seharian. aku memberontak.aku seolah-olah tidak inginkan semuanya.aku inginkan kebebasan. selalu bertanya pada diri ''kenapa orang lain boleh je dating ngn balak dorang'' ''kenapa aku tak boleh nak pakai seluar jeans'' ''kenapa aku tak leh nak sosial'' dan soalan aku semuanya ''kenapa''. tapi dengan ''kenapa'' tu aku tetap ''mencuba-mencuba'' sehingga ibu bapa ku sedih dengan sikapku yang hari demi hari berubah. pakai tudung tapi sibuk nak berfesyen. berbelit-belit. baju tangan pendek kadang-kadang pakai cardigan. tapi kadang-kadang tak pakai. sebelum keluar rumah pakai tapi akhirnya ku simpan rapi dalam beg.mulut mencarot segala ''babi'' ''pundek'' dan sama waktu dengannya. tak update la tak sebut. dan aku juga tak terkecuali sibuk nak bercinta.sehinggakan aku mahu sekali akui disini.. perjalanan hidupku semakin kelam akibat dari Kapel. aku mula bercinta dan hidupku aku rasa terlalu sempurna dengan kehadirannya.segala-segalanya bersama dia.sehingga 5 tahun hubungan yang tak halal itu. dan aku terlalu sayangkan dia. tiada sedikit pun rasa curiga dengan cinta dia. terasa sempurna sekali kehidupan. seperti biasa.. solat jauh sekali. semakin hari semakin jahat. jahat dengan Tuhan. aku kelihatan baik dengan semua orang. tapi akulah hamba Allah yang hina. aku melanggar perintah Tuhan,tidak cukup melanggar,aku buat apa yang diLarang.aku menafikan segala apa yang Tuhan perintahkan. bila aku memandang mereka yang menutup aurat,memakai tudung labuh,ini yang ku katakan ''alaaa poyo je.. tah2 jahat''. aku katakan pada mereka sedangkan mereka tidak pun kukenali. betapa jahatnya aku menghukum manusia yang memakai pakaian mengikut syariat Tuhan.

dan hari demi hari aku semakin jahat. tapi sebalik kejahatan itu.. tersembunyi sekeping hati yang terlalu kosong.kosong,gelisah,merana,menangis. hakikat hati yang hitam seorang pendosa. aku sering menangis walaupun aku rasa aku bahagia. insan yang aku cinta tidak lagi beri kebahagiaan. dia semakin jauh dariku. dan aku seolah-olah terkontang kanting sendirian. aku menangis siang dan malam. aku katakan pada kawan-kawanku.. ''weh..aku sedihla weh.aku taktahu kenapa'' kawan jawab ''ko ni.. asyik2 sedih..jomlah pegi karaoke'' . dan inilah jawapan kawan-kawan yang sama-sama bersosial. memang susah senang bersama tapi aku pun terlalu yakin boleh jadi kawan-kawan inilah yang sama-sama bersusah-susah denganku dineraka nanti.nauzubillah. aku ikut cakap kawan-kawan dan kami berkaraoke.dan macam-macam lagi aku cuba buat supaya hatiku tenang. tapi selepas buat semua aktiviti yang tak berfaedah itu..aku menangis kembali. hati aku kembali tidak tenang. tanpa ada yang menyakiti hati ini. aku terlalu tidak faham. sehinggakan ada ketika aku meraung-meraung.

dan sehinggalah satu hari.. aku jumpa dia. insan yang sama-sama hanyut denganku.ku katakan padanya ''awak sayang saya tak''. dan jawapannya ''tak sayang,saya dah ada orang lain''. bayangkan seorang yang disayang,bercinta selama 5 tahun,tak pernah tak berhubung walaupun sehari,berkata begini. dan aku pun menangis,meraung seolah-olah dirasuk. dan aku pulang.aku menangis semahu-mahunya. bodohnya aku. dan dengan pengakuan itu..aku lah insan yang telah hilang segalanya. aku rasa dialah segalaya. dan aku rasa dah putus asa dalam hidupku.

satu hari.. segalanya merubah hidupku. hanya dalam satu hari. benar sahabat.. hatiku yang hancur berkecai,ini diubati dengan hanya sehari. kehadiran HIDAYAH merubah segalanya. ketika itu.. seperti biasa rutin harianku menangis. aku menangis didalam kereta. ketika di trafic light.. aku terdengar azan. masa tu.. aku seolah-olah rasa ketenangan yang aku cari. aku membelokkan kereta pegi masjid.aku ambil wuduk setelah sekian lama aku tidak pernah aku lakukan.aku melangkah masuk ke masjid. aku solat taubat. aku menangis teresak-esak.aku menangis.dan setelah itu.. aku tenang setenangnya. aku melihat ada seorang perempuan di sebelah ku. dia memakai tudung labuh. aku terasa ingin sekali memeluknya dan katakan padanya ''tolong saya..saya banyak dosa'' . tapi semuanya aku simpan di dalam hati. aku menangis sehingga kering airmata. aku melangkah keluar dari masjid dan ketika itu hanya satu keazamanku.. ''aku akan menjadi hamba Allah yang taat'' sebab hanya disitu ketenanganku. aku tak rela hatiku ini sakit lagi,menangis lagi.aku benci semua rasa tu.

dan... dengan itu lah aku mula berhijrah. sahabat-sahabatku,aku lah yang belajar solat 5 waktu. mula-mula 3 waktu. lama-lama 5 waktu. bahagia rasa bila mampu lakukan. betapa aku perlu bangun dari bawah. aku mulakan dari awal. dan aku mula belajar tutup aurat dengan sempurna. tudung yang selalu dipin tinggi-tinggi,aku sekadar pin dibawah. mula tidak selesa bila hendak melanggar perintah tuhan. dan lama-lama aku mula tidak selesa dengan tudung yang jarang. terasa macam tutup aurat,tapi tudung jarang nampak jugak. dan aku pun pakai tudung labuh. memudahkan aku untuk solat dan sebagainya. stokin mesti pakai. kalau tak pakai,jalan nak kepit-kepit. memang rasa tak selesa. inilah yang aku rasa. aku istiqomahkan segalanya. walaupun ramai yang bersyukur terutama ibu bapaku,tetap ada yang ada yang memerli tidak puas hati ada juga yang mengatakan aku saja-saja nak tunjuk baik. aku pedulikan segalanya kerana Allah lah Maha Mengetahui Segalanya. aku sangat yakin mereka yang menghina perubahanku ke arah yang lebih baik ini tidak akan menguntungkanku malahan adakah mereka sanggup ke neraka bersamaku andai aku biasa-biasa saja menutup aurat? ye betul. kita mesti jadi orang yang asing. memang hakikat itu kita perlu akui untuk menjadi orang yang tidak melanggar syariat di dunia akhir zaman ini. dan selama itu aku terus-terusan perbaikki diri tanpa bantuan sesiapa. aku merujuk pada buku dan ilmu agama basic yang telah aku tahu pada satu ketika dulu tapi aku buat-buat tidak tahu. dan sekarang aku bukan sehaja berilmu sesuatu ilmu itu tapi aku akan beramal dengan segala ilmu itu. sedaya upaya aku cuba tidak untuk buat tak tahu. dan sahabat-sahabatku,yang dulu aku carutkan semua aku telah dibuang dan yang sedaya upaya yang ku sebut hanya Allah. dan.. akulah manusia yang sangat-sangat malu.aku malu bila aku berjalan dan ada yang memandang.aku tertunduk-tunduk. aku malu sangat. aku rasa akulah insan yang tak layak dipandang. aku malu pada Allah. aku malu pada semua manusia.aku hamba Allah yang jahat. dan keadaan aku yang sangat malu menyebabkan aku malu nak keluar rumah..aku selesa berada dirumah. dan sampailah satu hari.. aku mencapai purdah dan aku ikatkannya.aku melangkah keluar dengan purdah. dan aku rasa sangat tenang. mungkin sunnah ini akan membuatkan kehidupanku lebih terurus. setelah istikharah,aku yakin akan memakainya. dan aku muhasabah diri. sunnah yang satu ini aku buat,bagaimana pula sunnah yang lain? maka aku cuba lakukan juga. seperti puasa isnin khamis,solat malam,dan sebagainya. ketika orang lain sedang tidur,harus bagiku bangun berjaga kerana aku adalah insan yang banyak dosa berbanding mereka yang boleh tidur. ketika orang lain makan disiang hari,aku mesti puasa kerana mungkin mereka tidak melakukan dosa seperti banyaknya dosaku. inilah yang selalu aku pujuk ketika diri mula hendak lalai kerana iman kita bukan selamanya diatas. tapi muhasabah itu perlu untuk kita perbaikki iman kita yang semakin menjunam. buku ilmiah,lagu2 kerohanian antara kaedah untuk kita perbaikki setiap kali iman kita mula tunjukkan keruntuhannya.

sahabat benar ingin sekali aku akui hidayah Allah itu hebat. Allah maha Agung. aku bahagia dan tenang dengan kehidupan aku sekarang. sahabatku,cukup disini sahaja.mudah-mudahan pada yang rajin membaca ini sampai habis.. Allah telah hantar kalian tuk sama-sama dengan ku untuk muhasabah dan jadi insan yang lebih baik dari semalam.. doakan aku semoga aku terus istiqomah berjuang dan dapat membantu sahabat-sahabat yang lain tuk sama-sama mengejar Redha Allah..

Wednesday, April 6, 2011

menanti jodohku...

Untuk Dia..


Aku sedang menanti dia..
Seorang lelaki yang akan bergelar suami
Seorang mukmin yang merindui syahid di jalan ALLAH
Seorang hambaNYA yang senantiasa zikrullah
Dia seorang lelaki yang tegas dan berani
Dia tidak pernah takut untuk berkata benar
Dia tidak pernah gentar melawan nafsu yang ingin menguasai diri
Dia sentiasa mengajak aku berjuang berjihad fisabilillah


Dia selalu menghiburkan aku
Dengan alunan ayat-ayat suci Al-Quran
Dengan zikir-zikir munajat
Dengan surah-surah rindu yang dihafaznya
Dia sentiasa mengingati mati
Baginya,dunia ini adalah pentas lakonan semata-mata
Kita hambaNYA adalah pelakon


Dia sentiasa menjaga matanya dari berbelanja perkkara-perkara maksiat
Dia sentiasa mengajak aku mendalami ajaran islam
Dia seorang yang penyayang dan taat akan kedua ibu bapa
Dia sentiasa menjaga solatnya kerana itulah maruah dirinya
Dia sentiasa bersedia menjadi imam dan pemimpin keluarga
Dia tidak pernah malu mempertahankan agama IslamNYA
Kerana Islam adalah Ad-din ALLAH yang sebenar-benarnya
Dia sentiasa ingin mencontohi sifat-sifat mulia Rasulullah S.A.W
Dia juga sentiasa berusaha mencintai kekasih agungnya
Kekasih sejatinya dan kekal abadinya ialah ALLAHURABBI


Aku mencintai dia kerana agamanya dan kerana cintanya kepada Maha
Pencipta
Andai dia hilangkan cintanya, maka hilanglah cintaku padanya
Cinta dia terhadap Maha Pencipta mendekatkan aku PadaNYA
Cinta Illahi jugalah yang menyebabkan aku memilih dia
Siapakah dia???
Aku juga tidak mengetahui siapakah dia jodohku itu
Hanya Engkau Yang Maha Mengetahui segala sesuatu
Doaku, semoga dia tercipta untuk ku
Semoga aku bertemu jodoh dengan dia
Kerana dia pilihanku..

Monday, April 4, 2011

impianku bergelar muslimah..

Aku ingin menjadi wanita yang sentiasa melabuhkan cinta ku kepada Mu, Ya ALLAH...
Aku akan selalu mengamalkan sunnah-sunnah Rasuluallah..
Aku akan jadikan isteri Rasuluallah sebagai contoh untuk menjadi muslimah sejati...
Aku ingin menjadi kuat seperti sahabat-sahabat baginda...

Aku ingin menjadi anak yang patuh kepada kedua ibu bapa ku..
Aku ingin menjadi seorang isteri yang solehah kepada bakal suami ku..
Aku ingin menjadi seorang ibu yang mithali kepada bakal anak-anakku..

Aku ingin menjadi wanita wadiah iaitu wanita yang indah tanpa perhiasan.
Aku ingin menjadi wanita yang cantik dengan akhlak dan kaya dengan santun
Aku ingin menjadi wanita cantik tapi bukan kerana perhiasan, tetapi pada 2 rakaat di penghujung malam,.. 
Aku ingin menjadi wanita yang kehausan di sebabkan puasa kerana ALLAH

Aku ingin menjadi seperti sekuntum mawar yang di penuhi duri, yang bisa melindungi dirinya dari musuh-musuh..
Aku ingin mempunyai akhlak yang cantik dan indah melebihi kebun yang di penuhi bunga..
Aku ingin menjadi seseorang yang sentiasa berusaha menegakkan agama ISLAM..

Aku ingin menjadi muslimah yang solehah, hidup dan mati ku hanya untuk Mu Ya ALLAH....
AMIN!

Yang dicari walau bukan putera raja, biarlah putera Agama.

Yang diimpi, biarlah tak punya rupa, asal sedap dipandang mata.
Yang dinilai, bukan sempurna sifat jasmani, asalkan sihat rohani dan hati.
Yang diharap, bukan jihad pada semangat, asal perjuangannya ada matlamat.
Yang datang, tak perlu rijal yang gemilang, kerana diri ini serikandi dengan silam yang kelam.
Yang dinanti, bukan lamaran dengan permata, cukuplah akad dan janji setia.
Dan yg akan terjadi, andai tak sama dgn kehendak hati, insyaAllah ku redha ketetapan Illahi..

ya RABBI..

Doa kami padaMU ya Rabb.. 
Ya Tuhan, yang melaksanakan segala hajat

Ya Tuhan, yang menerima segala permintaan..
Lemah kami,kuatkanlah..
Lalai kami, ingatkanlah..Jahil kami, pandaikanlah..Kotor hati kami, bersihkanlah ..
Gelap hati kami, terangkanlah
 
Keras hati kami, lembutkanlah

'Ujub riya' kami, ikhlaskanlah
Takabbur zalim kami, tawadhu'kanlah 
Salah kami, maafkanlah

Dosa kami, ampunkanlahKejahatan kami, taubatkanlah
Susah kami, angkatkanlah
Sempit kami, lapangkanlahSakit kami, sembuhkanlahUzur kami, sihatkanlah 
Segala urusan kami, permudahkanlah
 
Segala masalah kami, selesaikanlah..
 
Kami tiada kaya, hanya Engkau yang maha kaya
..
Kami tiada kuat, hanya Engkau yang maha kuasa..Kami tiada pandai, hanya Engkau yang maha bijaksana...Kami adalah hambaMu yang lemah Kami adalah hambaMu yang terlalu banyak salah Jadikanlah kami hambaMu yang taat
Jadikanlah kami hambaMU yang solih
Jadikanlah kami hambaMU yang taqwa ..
Jadikanlah kami hambaMU yang bertaubat..
Jadikanlah kami hambaMU yang rajin beribadah..Peliharakan kami dari syirik..
Peliharakan kami dari murtad 
Peliharakan kami dari mengikut kafir
..
Peliharakan kami dari dosa maksiat 
Peliharakan kami dari dunia hingga akhirat....
Hanya padaMu Ya Allah..
Sandaran kami..