Sunday, December 2, 2012

aku hamba berdosa dijemput ilahi ke tempat paling suci


bukan semua pernah menjejakkan kaki ke masjidil haram. ketika aku masih sibuk dengan dunia yang entah apa-apa aku juga telah dipilih Allah menjejakkan kaki ke tanah haram. tapi sebenarnya betapa aku tidak menghargai sebuah pemberian Tuhan yang amat bermakna. aku menolaknya. tapi dengan keterpaksaan ma abah.. aku turutkan jua. yang kemaskan baju aku adalah ma. bukan aku. aku tidak membuat sebarang persediaan.aku betul-betul malas. jauh disudut hati.. aku takut akan azab Allah bila aku menjejakkan kaki di tanah haram itu. aku manusia banyak dosa. aku tak layak. tapi siapa aku hendak menolak takdir?? 
akhirnya aku pergi tanpa perasan. saat aku keluar rumah.. aku menangis. tapi aku tidak tahu kenapa. mungkin kerana nak tinggalkan keluarga dan orang tersayang. 
didalam flight,aku masih tiada perasaan. buat tak tahu tentang hati yang mula meronta minta bertaubat. betapa aku berlagak dengan Tuhan. 
sehinggalah sampai di madinah, aku hendak melangkah masuk masjid nabawi. tapi ketika aku berlari hendak solat maghrib berjemaah,askar yang menjaga pintu tidak membenarkan aku masuk. dia menolakku sehingga aku jatuh.aku tidak faham apa yang dikatakan.aku menangis. akhirnya aku solat dihadapan pintu masjid.aku menangis. seumur hidupku,tidak pernah aku diperlakukan sebegitu.aku terasa benar-benar keseorangan.mungkin jua kerana aku yang kotor dengan dosa,Allah tidak mengizinkan aku masuk tanpa taubat. selepas aku solat taubat,aku melangkah sekali lagi dihadapan pintu. askar itu membenarkan aku masuk. ketika aku masuk.. segera aku sujud syukur. aku terasa seperti begitu hampir dengan Nabi Muhammad ketika itu. aku beratur untuk masuk ke Raudhah (makam Rasullulah). ketika aku beratur untuk masuk.. memang ramai sangat orang. tapi saat pintu terbuka..aku berlari dan aku lah orang pertama yang sampai di Raudhah. segera ku solat taubat 2 rakaat di masjid Rasullulah.betapa aku benar-benar terasa hampir dengan Rasullulah. aku mencium pagar makam Rasullulah. aku rindu Rasullulah. 
dan satu lagi kisah yang aku takkan lupakan.. aku sampai di mekah pada jam 3 pagi. aku melangkah masuk ke dalam masjid. dan terlihat dikedua mata ku yang berdosa ini.. kaabah yang sangat indah. aku bagaikan tak percaya. ingin sekali aku akui,sebenarnye hidayah pertama yang aku perolehi adalah ketika itu. aku terasa bagai ada air sejuk menyiram kepalaku. aku menangis . aku terduduk. benar aku tidak pernah rasa begitu hebat perasaan itu. hanya ''ya Allah'' aku mampu ucapkan. segera aku solat taubat.
sepanjang disana.. ini yang kuhajatkan 
*melihat jenazah yang disembahyangkan di masjidil haram
*khatam al-quran
*umrah 10 kali
*mencium hajarul aswad..
alhamduliah semua dapat ku capai.. 

aku menangis sepanjang perjalanan pulang. aku takut bila aku pulang aku akan melakukan kembali dosa....


sahabat-sahabatku,aku melalui pengalaman menunaikan umrah yang tidak dapat aku ganti dengan segalanya. indah benar tanah haram.  indah benar hidayah Allah. walaupun aku insan berdosa.. kasih sayangnya tidak berbelah bagi.aku masih dipeduli dan dipilih berada disana. aku bersyukur ya Allah. Kau tunjuk sifat Ar-Rahman dan Ar-RahimMu. aku insan berdosa yang telah diberi bukti keEsaanmu. benar Ya Allah tiada yang layak disembah melainkanMu. hanya Dikau YA ALLAH .. HANYA ALLAH . AMPUNKAN AKU YA ALLAH   T.T benar sahabat-sahabatku, semuanya benar.sudahku lihat bukti-buktinya. :'( aku tidak mahu lagi membodohkan diri dengan dunia dan syaitan.aku ingin redha Allah.aku ingin ke syurga bersama Nabi dan Sahabat-sahabat. aku ingin ya Allah... 




disaat ini, hatiku bagai dihiris-hiris.aku rinduuuu panggilan umrah ituu. aku rinduu. ya Allah , izinkan aku menjejakkan kaki lagi ke sana ya Allah. aku rindu kaabah. aku rindu raudhah.aku rinduu T.T