Monday, November 26, 2012

bismillahirrahmanirrahim.


Dengan kasih sayang aku disini ingin sekali meluahkan hasrat dihati. sebuah nasihat dari insan yang masih tidak sempurna ini. ingin sekali aku nasihatkan.. kepada yang berpurdah dan ada niat untuk berpurdah. 

Sahabat-sahabatku,jangan kerana fesyen kau berpurdah. jangan kerana makhluk. perbetulkan niatmu. ini sunnah. aku terlalu kuatir sunnah ini akan berterusan dihina akibat pemakainya yang masih tidak lagi mengubah diri menjadi sebaik akhlak sebenar seorang wanita solehah. jagalah kesuciannya. tahukah sahabatku,disaat dirimu memakai..bukan hanya dirimu yang dinilai,tetapi semua yang memakainya. sekali kau tersalah,semua yang berpurdah terkena tempias.aku sedih saat dihina purdah ini. sedangkan purdah ini terlalu suci. jadikanlah purdah ini tarbiah untukmu. jika hari ni kau memakai kerana fesyen.. ubahlah dan pakailah ia kerana Allah. aku yakin tiada keredhaan andai berterusan menipu. cukuplah menipu diri.ayuhlah kita buktikan wanita purdah ini tidak seteruk yang mereka sangka.Berakhlaklah seperti mana pemakaiannya.Bukan sekadar luaran bahkan jua dalamannya.teruskan memperbaikki diri,yang sunnah yang lain cubalah kau lakukan,sahabat-sahabatku,saat dirimu dihina.. teruslah kau melangkah kerana Allah. saat ada yang menghargai dan mempercayai, janganlah kau mengkhiati kepercayaan dan penghargaan mereka.Berbahagialah kalian dengan hijrah ini.. semoga Allah meredhai.. 


untuk yang ingin berpurdah,ketahuilah..aku berbahagia dengan sebuah keinginan itu. sangat aku berbahagia.persiapkan dirimu sebaiknya.ini sunnah,maka yang wajib cubalah istiqomah sebaiknya.kerana kekuatan itu kau akan perolehi dari kewajipan seorang hamba yang kau telah laksanakan.jangan terburu-buru.istikharahlah.andai kata ini terbaik untuk kehidupanmu,pakailah.andai kata tidak,masihlah kau menjadi wanita solehah.tutuplah aurat sebaiknya.sesempurna dan jagalah akhlakmu.Allah tidak menilai pakaian seseorang tapi yang dinilai hatinya.tetaplah menjadi solehah.  

sahabat-sahabatku,pakailah dengan kefahaman yang jelas.purdah untuk mengelakkan fitnah bukan untuk menimbulkan fitnah.Bukan sebab main-main,
bukan sebab ikutan kakak atau ustazah,bukan sebab trend, bukan sebab fesyen…
Alangkah indah jika gadis muslimah berhijrah kerana sudah memahami dan ingin melaksanakan tuntutan berpurdah tersebut…

untuk yang selainnya,

kasihanilah mereka yang benar-benar ikhlas mengejar redha Allah ini. bantulah mereka dalam melakukan sunnah yang satu ini... andai kata dirimu islam. bantulah. bukan menghina andai tersalah bukan juga menghukum. sebaliknya tarbiahlah dengan kasih sayang kerana mereka juga insan yang sama seperti kalian. jangan salahkan purdahnya tapi salahkan pemakainya andai tersalah.. 

ini untuk diriku untuk kalian semua,

maafkan aku andai aku tersalah.aku tidak tunjuk-tunjuk alim. aku hamba Allah yang hina seperti yang kalian ketahui.aku masih cuba perbaikki diri.aku cuma ingin kita sama-sama menyedari hakikat purdah yang selalu dicanang-canang ini. bukan bermakna aku baik bila aku menasihati,tetapi aku inilah yang paling tidak baik yang cuba menjadi baik. semua yang tertulis ini adalah untuk diri sendiri dan dengan harapan menjadi pedoman untuk semua. maafkan aku..doakan aku istiqomah hingga ke akhir hayatku....



No comments: