Monday, November 26, 2012

hijrahku . .


dengan lafaz bismillahirahmanirrahim. aku mulakan menaip perjalanan hijrahku setelah bertalu-talu yang menanyakannya. mudah-mudahan segalanya menjadi pedoman dan pengajaran buat sahabat-sahabat terutamanya adik-adik. bila aku menceritakannya bukan bermakna akulah insan yang paling baik sekarang apatah lagi untuk mengaibkan diri dengan dosa-dosa yang lampau. ianya mudah2an menjadi pedoman kerana aku terlalu yakin bukan diriku seorang yang melalui perjalanan hidup yang hitam dan kelam ini. mungkin ada yang baru lepasinya seperti aku,mungkin juga ada yang sedang melalui jalan itu. mudah-mudahan dengan sekali lagi aku berharap ianya menjadi pedoman walaupun mungkin ianya hanya sebesar zarah.

kalian,akulah hamba Allah yang paling ingkar pada Tuhan. ibubapa dah berikan didikan paling baik.paling terbaik. aku dihantar sekolah agama. aku disuruh menutup aurat.aku diajar solat. tapi sahabatku,aku lah insan yang paling tidak bersyukur atas sebuah nikmat dikurniakan ibu dan ayah yang amat mementingkan agama dalam kehidupan seharian. aku memberontak.aku seolah-olah tidak inginkan semuanya.aku inginkan kebebasan. selalu bertanya pada diri ''kenapa orang lain boleh je dating ngn balak dorang'' ''kenapa aku tak boleh nak pakai seluar jeans'' ''kenapa aku tak leh nak sosial'' dan soalan aku semuanya ''kenapa''. tapi dengan ''kenapa'' tu aku tetap ''mencuba-mencuba'' sehingga ibu bapa ku sedih dengan sikapku yang hari demi hari berubah. pakai tudung tapi sibuk nak berfesyen. berbelit-belit. baju tangan pendek kadang-kadang pakai cardigan. tapi kadang-kadang tak pakai. sebelum keluar rumah pakai tapi akhirnya ku simpan rapi dalam beg.mulut mencarot segala ''babi'' ''pundek'' dan sama waktu dengannya. tak update la tak sebut. dan aku juga tak terkecuali sibuk nak bercinta.sehinggakan aku mahu sekali akui disini.. perjalanan hidupku semakin kelam akibat dari Kapel. aku mula bercinta dan hidupku aku rasa terlalu sempurna dengan kehadirannya.segala-segalanya bersama dia.sehingga 5 tahun hubungan yang tak halal itu. dan aku terlalu sayangkan dia. tiada sedikit pun rasa curiga dengan cinta dia. terasa sempurna sekali kehidupan. seperti biasa.. solat jauh sekali. semakin hari semakin jahat. jahat dengan Tuhan. aku kelihatan baik dengan semua orang. tapi akulah hamba Allah yang hina. aku melanggar perintah Tuhan,tidak cukup melanggar,aku buat apa yang diLarang.aku menafikan segala apa yang Tuhan perintahkan. bila aku memandang mereka yang menutup aurat,memakai tudung labuh,ini yang ku katakan ''alaaa poyo je.. tah2 jahat''. aku katakan pada mereka sedangkan mereka tidak pun kukenali. betapa jahatnya aku menghukum manusia yang memakai pakaian mengikut syariat Tuhan.

dan hari demi hari aku semakin jahat. tapi sebalik kejahatan itu.. tersembunyi sekeping hati yang terlalu kosong.kosong,gelisah,merana,menangis. hakikat hati yang hitam seorang pendosa. aku sering menangis walaupun aku rasa aku bahagia. insan yang aku cinta tidak lagi beri kebahagiaan. dia semakin jauh dariku. dan aku seolah-olah terkontang kanting sendirian. aku menangis siang dan malam. aku katakan pada kawan-kawanku.. ''weh..aku sedihla weh.aku taktahu kenapa'' kawan jawab ''ko ni.. asyik2 sedih..jomlah pegi karaoke'' . dan inilah jawapan kawan-kawan yang sama-sama bersosial. memang susah senang bersama tapi aku pun terlalu yakin boleh jadi kawan-kawan inilah yang sama-sama bersusah-susah denganku dineraka nanti.nauzubillah. aku ikut cakap kawan-kawan dan kami berkaraoke.dan macam-macam lagi aku cuba buat supaya hatiku tenang. tapi selepas buat semua aktiviti yang tak berfaedah itu..aku menangis kembali. hati aku kembali tidak tenang. tanpa ada yang menyakiti hati ini. aku terlalu tidak faham. sehinggakan ada ketika aku meraung-meraung.

dan sehinggalah satu hari.. aku jumpa dia. insan yang sama-sama hanyut denganku.ku katakan padanya ''awak sayang saya tak''. dan jawapannya ''tak sayang,saya dah ada orang lain''. bayangkan seorang yang disayang,bercinta selama 5 tahun,tak pernah tak berhubung walaupun sehari,berkata begini. dan aku pun menangis,meraung seolah-olah dirasuk. dan aku pulang.aku menangis semahu-mahunya. bodohnya aku. dan dengan pengakuan itu..aku lah insan yang telah hilang segalanya. aku rasa dialah segalaya. dan aku rasa dah putus asa dalam hidupku.

satu hari.. segalanya merubah hidupku. hanya dalam satu hari. benar sahabat.. hatiku yang hancur berkecai,ini diubati dengan hanya sehari. kehadiran HIDAYAH merubah segalanya. ketika itu.. seperti biasa rutin harianku menangis. aku menangis didalam kereta. ketika di trafic light.. aku terdengar azan. masa tu.. aku seolah-olah rasa ketenangan yang aku cari. aku membelokkan kereta pegi masjid.aku ambil wuduk setelah sekian lama aku tidak pernah aku lakukan.aku melangkah masuk ke masjid. aku solat taubat. aku menangis teresak-esak.aku menangis.dan setelah itu.. aku tenang setenangnya. aku melihat ada seorang perempuan di sebelah ku. dia memakai tudung labuh. aku terasa ingin sekali memeluknya dan katakan padanya ''tolong saya..saya banyak dosa'' . tapi semuanya aku simpan di dalam hati. aku menangis sehingga kering airmata. aku melangkah keluar dari masjid dan ketika itu hanya satu keazamanku.. ''aku akan menjadi hamba Allah yang taat'' sebab hanya disitu ketenanganku. aku tak rela hatiku ini sakit lagi,menangis lagi.aku benci semua rasa tu.

dan... dengan itu lah aku mula berhijrah. sahabat-sahabatku,aku lah yang belajar solat 5 waktu. mula-mula 3 waktu. lama-lama 5 waktu. bahagia rasa bila mampu lakukan. betapa aku perlu bangun dari bawah. aku mulakan dari awal. dan aku mula belajar tutup aurat dengan sempurna. tudung yang selalu dipin tinggi-tinggi,aku sekadar pin dibawah. mula tidak selesa bila hendak melanggar perintah tuhan. dan lama-lama aku mula tidak selesa dengan tudung yang jarang. terasa macam tutup aurat,tapi tudung jarang nampak jugak. dan aku pun pakai tudung labuh. memudahkan aku untuk solat dan sebagainya. stokin mesti pakai. kalau tak pakai,jalan nak kepit-kepit. memang rasa tak selesa. inilah yang aku rasa. aku istiqomahkan segalanya. walaupun ramai yang bersyukur terutama ibu bapaku,tetap ada yang ada yang memerli tidak puas hati ada juga yang mengatakan aku saja-saja nak tunjuk baik. aku pedulikan segalanya kerana Allah lah Maha Mengetahui Segalanya. aku sangat yakin mereka yang menghina perubahanku ke arah yang lebih baik ini tidak akan menguntungkanku malahan adakah mereka sanggup ke neraka bersamaku andai aku biasa-biasa saja menutup aurat? ye betul. kita mesti jadi orang yang asing. memang hakikat itu kita perlu akui untuk menjadi orang yang tidak melanggar syariat di dunia akhir zaman ini. dan selama itu aku terus-terusan perbaikki diri tanpa bantuan sesiapa. aku merujuk pada buku dan ilmu agama basic yang telah aku tahu pada satu ketika dulu tapi aku buat-buat tidak tahu. dan sekarang aku bukan sehaja berilmu sesuatu ilmu itu tapi aku akan beramal dengan segala ilmu itu. sedaya upaya aku cuba tidak untuk buat tak tahu. dan sahabat-sahabatku,yang dulu aku carutkan semua aku telah dibuang dan yang sedaya upaya yang ku sebut hanya Allah. dan.. akulah manusia yang sangat-sangat malu.aku malu bila aku berjalan dan ada yang memandang.aku tertunduk-tunduk. aku malu sangat. aku rasa akulah insan yang tak layak dipandang. aku malu pada Allah. aku malu pada semua manusia.aku hamba Allah yang jahat. dan keadaan aku yang sangat malu menyebabkan aku malu nak keluar rumah..aku selesa berada dirumah. dan sampailah satu hari.. aku mencapai purdah dan aku ikatkannya.aku melangkah keluar dengan purdah. dan aku rasa sangat tenang. mungkin sunnah ini akan membuatkan kehidupanku lebih terurus. setelah istikharah,aku yakin akan memakainya. dan aku muhasabah diri. sunnah yang satu ini aku buat,bagaimana pula sunnah yang lain? maka aku cuba lakukan juga. seperti puasa isnin khamis,solat malam,dan sebagainya. ketika orang lain sedang tidur,harus bagiku bangun berjaga kerana aku adalah insan yang banyak dosa berbanding mereka yang boleh tidur. ketika orang lain makan disiang hari,aku mesti puasa kerana mungkin mereka tidak melakukan dosa seperti banyaknya dosaku. inilah yang selalu aku pujuk ketika diri mula hendak lalai kerana iman kita bukan selamanya diatas. tapi muhasabah itu perlu untuk kita perbaikki iman kita yang semakin menjunam. buku ilmiah,lagu2 kerohanian antara kaedah untuk kita perbaikki setiap kali iman kita mula tunjukkan keruntuhannya.

sahabat benar ingin sekali aku akui hidayah Allah itu hebat. Allah maha Agung. aku bahagia dan tenang dengan kehidupan aku sekarang. sahabatku,cukup disini sahaja.mudah-mudahan pada yang rajin membaca ini sampai habis.. Allah telah hantar kalian tuk sama-sama dengan ku untuk muhasabah dan jadi insan yang lebih baik dari semalam.. doakan aku semoga aku terus istiqomah berjuang dan dapat membantu sahabat-sahabat yang lain tuk sama-sama mengejar Redha Allah..

3 comments:

norfarahaida said...

alhamdulillah.. syukur terhadap Allah.. semoga akak terus beristiqamah ya :)amiin :)

hazdnul shafina said...

Assalam..ALLAHU..ukhti :') semoga terus istiqamah.. ALLAH sentiasa bersama ukhti

Si Penulis Bebas said...

Assalamualaikum wbt ukhti,

Kerana terlalu memberi sepenuh kasih sayang kepada manusia & meletakkan dunia di hati..sehingga lupa akan kasih sayang Tuhan kepada hambaNya dan lupa akan akhirat yg kekal abadi. Perjalanan kisah kita hampir sama. Semoga kita terus bermujahadah dan semoga kita semua di redhai Allah SWT. Amin~